Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•05:18
Bismillahirrahmanirrahim,
Sambungan bg tajuk yg lepas…

Kedua : Perkara yang dirai pada Timbangan :
Ada beberapa perkara jika berlaku perubahan pada kalimah tersebut, mizan meraikannya dengan turut berlaku perubahan pada wazannya. Perkara2 tersebut adalah :

1) Al-I’lalu Bilhazfi :
Membawa erti perubahan yang berbentuk membuang mana2 huruf dari kalimah yang kebiasaan berlaku pad fiil amar dari kalimah yang terdapat huruf Illah (alif,wau,ya). Seperti contoh : قُل ، صِفْ
Jika kita dapati perubahan seperti ini berlaku, perubahan akan turut berlaku pada mizan yang kita timbangkan, ini bermaksud :
قُل - فُلْ

2) Perubahan2 yang berlaku pada sesetengah kalimah dalam sebahagian bahasa :
Sesetengah kalimah terdapat perubahan dalam bentuk baris di sisi sesetengah lughoh tertentu, sebagai contoh :
عُصْر أصله عُصِر
Perubahan seperti ini berlaku untuk memnudahkan sebutan, Kalimah2 seperti ini juga dirai dalam timbangan, maka baris akan turut bertukar pada mizan yang hendak ditimbang, Maka perkataan “Usr” dengan sukun sod atas wazan Fu’l dengan sukun ain.

3) Al-Qalbul Makani :
Juga merupakan satu topic yang agak besar yang mugkin ana akan terngkan secara terperinci dalam entri yang khusus, memadai buat kali ini sebagi pengenalan. Al-Qalbul Makani membawa maksud, di dalam satu kalimah terdapat pertukaran kedudukan huruf seperti contoh Ain fiil mendahului Fa fiil, sebagai contoh :
أَيِسَ أصله يَئِس
Dalam contoh ini ain fiil iaitu huruf hamzah mendahului fa fiil iaiyu Ya, Jika keadaan ini kita dapati, perubahan pada mizan juga perlu kit lakukan mengikut perubahan turutan yang berlaku pada kalimah tersebut, ini membawa maksud :
أًيِسَ - عَفِلَ

Terdapat beberapa bentuk khusus berlakunya Al-Qalbul Makani dalam kalimah2 tertentu, pada entri mendatang ana akan cuba terangkannya secara mudah sebelum kita masuk dalam perbahasan wazan-wazan sulasi mujarrad.
Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•14:47
Bismillahirrahmanirrahim,
Terlebih dahulu sejuta keampunan dipinta atas kelewatan mengupadate blog ini, segala kesulitan akan diperbaiki insyaAllah. Dalam perjumpaan sebelum ini ana ada berjanji untuk menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan:

"ما يراعى في الميزان وما لا يراعى"

Untuk penerangan secara mudah, senang ana katakan dalam menimbang sesuatu kalimah, kalimah tersebut mestilah sama dengan mizan yang telah diletakkan, dari segi bilangan huruf dan barisnya, sebagai contoh :

كَتَبَ – فَعَلَ

يَكْتُبُ – يَفْعُلُ

Begitulah yang dimaksudkan, tetapi ini jika kalimah tersebut diraikan dalam timbangan tersebut, kerana terdapat juga sesetengah perkara yang sama sekali tidak diraikan dalam timbangan, dengan kata lain, baris atau huruf tidak bermuwafakat diantara satu sama lain, sebagai contoh :

قَالَ – فَعَلَ

Jika kita perhatikan perkataan قَالَ, tidak mempunyai baris pada huruf kedua walaupun asalnya ada (bukan perbincangan sekarang) tetapi mizan yang ditimbang tetap atas wazan فَعَلَ bukannya .

Untuk memudahkan kita membezakan antara perkara manakah yang perlu kita samakan perubahan yang berlaku dengan timbangan kerana dirai, atau tetapkan mizan diatas wazan asal tanpa menyamakan dengan kalimah yang hendak ditimbang kerana ia sama sekali tidak dirai pada timbangan, ana bawakan di sini senarai kedua-dua perkara tersebut :

Pertama : Perkara yang tidak dirai pada Mizan :

1) Al-I’lalu bilqalbi :
Di sini mungkin terdapat sedikit kesukaran bagi mereka yang masih tidak mengenali Al-I’lal dan Al-Ibdal, mungkin ana boleh terangkan sedikit demi sedikit.
Al-I’lalul bilqalbi membawa maksud didalam kalimah tertentu terdapat penukaran huruf berlaku, penukaran tersebut berlaku kebiasaannya dari huruf wau dan ya kepada alif, sebagai contoh :
صَامَ أصله صَوَمَ
Namun bukan asal kalimah yang kita kehendakkan, tetapi kalimah yang telahpun ditukar hurufnya iaitu Soma. Apabila kita timbangkan ia dengan Mizan, Mizan sama sekali tidak merainya dengan menggunakan wazan Fala, akan tetapi tetap dengan wazan asalnya iaitu Fa A’ La.

2) Al-I’lalul BinNaqli :
Ia pula membawa maksud perubahan yang berlaku dengan memindahkan baris satu huruf ke huruf yang lain yang mana kebiasaanya berlaku pada fiil mudhori’ bagi kalimah yang berlaku Al-I’lalu bilqalbi pada fiil Madhinya, sebagai contoh :

يَصُوْمُ أصله يَصْوُمُ

Baris depan yang asalnya berada di huruf yang ketiga dipindahkan kepada huruf yang kedua (Sebab penukaran2 berlaku masih bukan topik perbincangan kita). Apabila kita ingin timbangkan kalimah seperti ini, mizan sama sekali tidak mengikut kalimah ini, bahkan tetap atas wazan asalnya, dengan kata lain seperti ini :

يَصُوْمُ - يَفْعُلُ

Baris depan pada mizan tetap pada huruf yang ketiga, tidak pada yg kedua. Iaitu bukan datang dengan wazan يَفُولُ , namun tetap يَفْعُل

3) Al-I’lalu binNaqli wal Qalbi
Kedua-dua perubahan tersebut berlaku pada satu kalimah, sebagai contoh :

يَخَافُ أصله يَخْوَفُ

Pemindahan baris atas dari huruf wau berlaku kepada huruf sebelumnya, dan perubahan huruf wau kepada Alif merupakan I’lal kedua. Apabila kita dapati kalimah seperti ini, timbangan mizan tetap atas wazan asal seperti yang telah lalu iaitu atas wazan : يَفْعُل, bukan يَفَالُ



4)Penukaran Ta kepada huruf lain dalam wazan افْتَعَلَ :
Apabila berlaku perubahan dari ta atas wazan افْتَعَلَ kepada huruf2 lain seperti contoh :

اصطبر أصله اصتبر ، ازدجر أصله ازتجر

Mizan sama sekali tidak berubah, bahkan tetap datang dengan huruf Ta’ iaitu wazan
افْتَعَلَ , bukannya dgn huruf yang telah diubah. Maksudnya : اصطبر mizannya افْتَعَلَ bukan افْطَعَلَ .

Pada pertemuan berikutnya ana akan bawakan perubahan yang berlaku pada mizan apabila kalimah itu berlaku perubahan, dengan kata lain Mizan merai kalimah tersebut dari segi bilangan, susunan huruf dan barisnya.
Wassalam…

Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•03:07
Dalam Post lalu ana telah coretkan rahsia ulama sorof memilih wazan فعل sebagai timbangan, tapi bagaimana pula cara utk kita mengaplikasikannya sebagai timbangan pada perkataan2 lain???

Sebelum memulakan timbangan kita harus perhatikan terlebih dahulu adakah kalimah tersebut Mujarrad مجرد (sunyi dari sebarang huruf tambahan) ataupun Mazid مزيد (ditambah satu, dua atau tiga huruf pada kalimah asal). Jua adakah ia Sohih (selamat dari salah satu huruf illah ) atau ianya Mu'tal (salah satu huruf kalimah adalah huruf illah).

Huraian secara terperinci adalah seperti berikut :

Pertama : Wazan bagi Mujarrad (sunyi dari sebarang huruf tambahan)

Mujarrad terbahagi kepada tiga :
1- Sulasi Mujarrad (Asal tiga huruf tanpa sebarang penambahan), adakalanya ia :
i- Fii'l :
ii- Isim :
tidak kira isim atau fiil, huruf yg pertama yang membetuli FA dinamakan fa kalimah, manakala huruf kedua yang membetuli Ain dinamakan Ain Kalimah, dan yg ketiga dinamakan sebagai Lam Kalimah. Sebagai contoh Do Ro Ba, Dod dinamakan Fa' kalimah, Ro lam kalimah, dan Ba ain Kalimah. ketika penimbangan berlaku baris2 pada kalimah yang hendak kita timbangkan mesti juga ditukar pada wazan asal FA A LA, contoh :
i- Fii'l : فَعُلَ - عَضُدَ , فَعِلَ - شَرِبَ , فَعَلَ - كَتَبَ .
ii- Isim : فَعِلٌ - كَتِفٌ

2- Ruba'i Mujarrad :
Terkadang ianya juga isim ataupun fiil, ketika ini kita perlu menmbahkan satu lam sebelum lam di akhir kalimah keatas mizan asal (FA A LA), dan barisnya dilihat pada huruf ketiga kalimah yang ingin kita timbangkan. Sebagai contoh :
i- Fii'l : فَعْلَلَ - دَحْرَجَ
ii- Isim : فِعلَلٌ - دِرْهَمٌ

3- Khumasi Mujarrad :
Tidak terdapat fiil di atas wazan khumasi mujarrad, yg ada hanyalah isim. Apa yang perlu kita lakukan ketika ini adalah menambah dua lam diatas wazan FAALA, bersama kita raikan baris keduanya membetuli kalimah yang ingin kita timbangkan.
Contoh : فَعَلَّلٌ - سَفَرْجَلٌ .

Kedua : Wazan bagi Mazid (ditambah satu huruf atau lebih)


Penambahan yang berlaku pada kalimah, kadangkala datang dalam bentuk :

1- Mengulangi salah satu huruf asal kalimah ,
maka ketika ini, kita juga harus mengulangi huruf yang membetuli kalimah yang hendak ditimbang, jika huruf yang berulang memmbetuli Ain, maka ain yang perlu ditakrirkan.
Sebagi contoh : فَعَّل - فَرَّحَ

2- Asal perletakan kalimah itu dalam bntuk empat atau lima huruf,
seperti DAHROJA atau SAFARJALUN. Penambahan Satu lam akan ditambah pada rubai'e, manakala dua lam pada Khumasi .

3- Penambahan berlaku daripada salah satu huruf Zai'dah (هـ ن ا ء و ت س ل ي م)
Apa yang perlu kita lakukan adalah menambah huruf yang sama ke dalam mizan . contoh :
Alif : فاعِل - كاتِب
Wau : مفعول - مكتوب
Alif SIn Ta : استفعل - استخرج

Akan tetapi terdapat disana perubahan2 berlaku pada sebahagian kalimah, tetapi ia sama sekali tidak dirai' pada timbangan, seperti contoh : باع wazannya tetap diatas فَعَلَ bukan فَالَ ataupun فَعْلَ. Pada pertemuan akan datang, ana akan perincikan perkara2 yang dirai' dalam timbangan, dan yang tidak dirai' dalam timbangan. Sekian, Wassalam.

Tambahan : kesulitan pada menulis kalimah arab amat dikesali, insyaAllah akan diperbaiki .
Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•22:59

Bismillahirrahmanirrahim,

Perbezaan diantara 4 perkara yang telah ana janjikan pada post sebelum ini menjadi pautan utama kali ini, sebelum pembahagian kalam kita bincangkan. Rasanya lebih aula terlebih dahulu kita mulai dengan menyatakan makna Al-Kalimah.

Al-Kalimah membawa erti perkataan yang satu atau dengan kata lain lafaz mufrad tanpa sebarang murakkab (susunan) , seperti contoh : زيد، كاتب، بقرة .

Disusuli selepasnya ana datangkan disini Perbezaan antara Kalam dan Kalim :

Kalam : dengan kata yang mudah, mesti merangkumi tiga perkara iaitu, Al-lafdzu, al-murakkab (walaupun hanya dua kalimah), dan al-ifadah (difahami).

Manakala Kalim : ianya hanya berkehendak kepada penyusunan tiga kalimah keatas walaupun ia tidak difahami.

Ini membawa maksud kedua-dua ini saling khusus dan umum dari satu pihak bagi satu sama lain. Kalam lebih umum dari kalim dari sudut lafaz kerana ia sudah memadai dengan dua kalimah sahaja, tetapi ia khusus dari sudut makna kerana ia mesti difahami, begitulah sebaliknya Al-Kalim, yang mana ia khusus dari segi lafaz kerana mesti tersususun daripada tiga kalimah dan keatas, tetapi umum pada makna kerana tidak mensyaratkan jumlah itu difahami.

Sebagai contoh :

جاء زيد راكباdinamakan kalam kerana difahami, dan ia juga adalah kalim kerana tersusun dari tiga kalimah.

Adapun جاء زيد ia hanya dinamakan kalam kerana tersusun dari dua kalimah serta difahami, tetapi tidak dinamakan kalim disebabkan tidak tersusun dari tiga kalimah.

Manakala إن قام زيد dipanggil kalim tidak kalam kerana ia terdiri dari tiga huruf tetapi tidak difahami .

Al-Qaul pula boleh kita itlaqkan kepada :

1-kalimah yang satu (mufrad),

2- murakkab yang tidak memberi faedah (Kalim).

3-murakkab yang boleh difahami iaitu Kalam.

Ini membawa erti Al-Qaul adalah perkataan yang paling umum kerana semua perkara yang telah lepas merangkumi didalamnya. Dengan kata lain زيد adalah Qaul, begitu juga جاء زيد dan إن قام زيد .


Sekian dulu, Wassalam.....

Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•12:45
Bismillahirrahmanirrahim,

Setiap ilmu pasti ada satu bahagian yang sinonim utk dijadikan pembuka bicara. Sepertimana kita ketauhi bahgian tersebut akan dijadikan pilihan pengarang utk membuka perbicaraannya, Seumpama ilmu Feqah, Kitab Toharah menjadi pilihan lantaran ia adalah wasilah utama utk kita beribadah, seperti itu juga ilmu Tauhid, hukum aqal yang tiga kebiasaannya menjadi pembukaan, begitulah seumpamanya. Ilmu Nahw telah kita sedia maklum, boleh dikatakan keseluruhan kitab akan menjadikan Bab Kalam sebagai permulaan.

Memadai di sini sebagai Ajrumiah ana sandarkan sebagai pembuka kata, pembuka matan yang hanya sebaris ini kebiasaannya telahpun dihafaz oleh kebanyakan pelajar, tetapi mungkin terdapat kesamaran pada maksud setiap perkataannya .
Sebaris ayat tersebut adalah "Al-Kalamu Huwal Lafzul Murakkabul Mufidhu Bil Wad'i".

Satu jumlah yang ringkas tetapi padat ini menyatakan empat syarat utama utk satu jumlah itu dinamakan sebagai kalam.

Empat Syarat tersebut adalah :

Pertama : Al-Lafdzu :
Ia membawa maksud suara yang terkandung daripada sebahagian huruf Hijaiyah yang 28.

Kedua : Al-Murakkab :
Membawa erti apa yang tersusun dari dua kalimah ataupun lebih .

Ketiga : Al-Mufiid :
Apa yang boleh memberi kefahaman kepada pendengar, sehingga tidak memerlukan tambahan dari mutakallim.

Keempat : Al-Wad'u :
Ana percaya terdapat kesamaran kepada kebanyakan pelajar tentang maksud sebenar al-wad'u berbanding tiga syarat awal yang tidak ada sebarang permasaalahan padanya.

Terdapat dua pentafsiran disisi An-Nuhah tentang apa yang dikehendaki dengan al-wad'u disini :

1- Sebahagian ulama' mentafsirkan ia dengan "Bahasa arab", berpandukan pendapat ini, perkataan yang dituturkan dengan Ajam tidak dinamakan kalam .

2- Sebahagian lain pula mentafsirkannya dengan "Bilkosdi" iaitu dengan niat, maka perkataan orang yang tidur, mabuk atau seumpama dengannya tidak dinamakan Kalam mengikut pendapat ini.


Keempat2 syarat ini perlu ada kesemuanya tanpa dikecualikan satu pun, membawa erti: Suara yang terdiri daripada huruf Hijaiyyah itu mestilah paling kurang dua kalimah. Tidak memadai dengan itu, ianya mesti difahami, tidak memadai jika ianya tersusun dari sepuluh kalimah tapi tidak difahami. Dan lafaz yang boleh difahami tersebut hendaklah dituturkan dalam bahasa Arab ataupun ianya keluar dengan Qasad si Mutakallim.

Contoh yang merangkumi Keempat2 syarat adalah :
Jumlah yang dikatakan seseorang dalam keadaan sedar
"زيدٌ قائمٌ" :

Lafaz Zaid dan Qoim adalah suara yg terkandung huruf hijaiyah di dalamnya, Zaid terdiri dari Zai, Ya dan Dal begitu juga dengan Qoim . Serta ia datang dalam bentuk tersusun dari dua kalimah, dan juga ia dapat difahami kerana sempurna maksudnya. Manakala ia menepati syarat yang keempat iaitu datang dengan bahasa Arab, atau keluar dengan qasad .

Cuma mungkin disana ada yang masih tidak dapat membezakan diantara al-Qaul, al-kalimah, al-Kalam dan al-kalim. Pada pertemuan berikutnya ana akan titipkan perbezaan diantara kesemuanya, lebih2 lagi diantara kalam dan kalim.
Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•08:54
Bismillahirrahmanirrahim,
Wazan Sorof ialah satu kalimah yang diletakkan oleh ulama' Sorof bagi mengenali keadaan kalimah serta apa yang berlaku pada kalimah tersebut dari sebarang perubahan, jua untuk mengetauhi huruf yang manakah asal dan yang manakah tambahan.

Wazan yang telah dipilih Sorfiyyun ialah ( َفَعَل ) ...
Persoalannya, mengapa فعل yang menjadi pilihan, bukan ضرب atau قتل ataupun sebagainya. Di sini terdapat beberapa rahsia atau hikmah pemilihan فعل berlaku, yg mana mungkin dikalangan kita masih tidak mengetauhinya...

PERTAMA : Perkataan ( فعل ) adalah kalimah yang paling umum juga merangkumi setiap sesuatu, kerana setiap peristiwa dinamakan sebagai Fii'l.

KEDUA : Perkara yang paling banyak berlaku perubahan diantara bahagian-bahagiann kalimah yang tiga adalah Fii'l, maka FA A LA menjadi pilihan...

KETIGA : Makhraj huruf terbahagi kepada tiga, Al-Halq, Al-Lisan, As-Syafatan... Lalu Ulama' Sorof mengambil dari setiap makhraj satu huruf... huruf Fa' dari as-syafatain, Ain dari al-Halq, dan Lam dari al-lisan.

Mungkin ada juga yang tertanya mengapa sulasi (tiga huruf) yg menjadi pilihan, tidak ruba'i atupun khumasi... Alasannya,
Sulasi adalah merupakan kalimah yang paling banyak berlaku di dalam bahasa Arab. Dan jikalau Rubai' atau khumasi yang menjadi pilihan, bagaimanakah caranya untuk kita menimbang perkataan Sulasi...
Author: Muhammad Afifi bin Abdullah
•02:52
Assalamualaikum,
Rasanya tidak sempurna coretan bagi pendahuluan ilmu Nahw ini jika tidak dititipkan serba sedikit latar belakang ataupun sirah mereka yang telah mencurah jasa jua bakti yang teramat besar pada menyebarkan Ilmu ini, kerana klau bkan kerana mereka, ilmu ini tidak dapat kita fahami dengan jalan yg mudah sehingga ianya dapat difahami, lalu direalitikan serta terhasil dengannya ghayah yang kita cari...
Terlalu ramai dikalangan mereka yang bergelar An-Nuhah yg masyhur bersama penulisan2 yg dihasilkan dalam bidang ini, sehingga tidak mampu diri ini utk mentafsilkan sirah satu persatu dari mereka... Memadai di sini ana hanya memilih tiga yg termasyhur di kalangan mereka...

Abu Aswad Ad-Dua'li

Satu Nama yang wajib kita kenali, kerana tanpanya, mungkin ilmu ini masih tidak wujud di atas muka bumi ini, lantaran itu beliau menjadi pilihan pertama untuk kita ketauhi dan kenali...

Nama Sebenar beliau: Zolim ibn Amr ibn sufyan ibn Jundul ibn sulaiman ibn Hils Ad-duali al-Kinani.. Dilahirkan di Mekah, setahun sebelum Hijrah kemudian berpindah ke Madinah. Beliau tergolong dari golongan tabii'n kerana beliau hanya menemui sahabat2 nabi sahaja. Saidina Muawiyah telah melantik beliau sebagai Qodi di Basrah tatkala mana beliau datang menemuinya. Beliau merupakan sealim2 atau sefasih2 manusia dalam bahasa arab di zamannya. Kealiaman beliau ini membawa kepada beliau menjadi tumpuan kebanyakan murid yang ingin mengambil manfaat darinya serta meneruskan perjalanannya dalam menyebarkan ilmu ini, diantara mereka; Nasr ibn A'sim, Yahya ibn Ya'mar, Abdullah ibn Harmaz, dan Maimun Al-Aqran .
Beliau kembali menemui Ilahi pada tanggal 67H / 69H ketika mana beliau berumur 83 tahun .

Sibawaih

Nama yang tidak asing lagi dalam ilmu ini, sehinggakan jikalau seseorang itu hanya mengetauhi satu nama yg masyhur dlm bidang ini, beliaulah orangnya. Hatta mungkin wujud di zihin sesetengah pelajar bahawa beliaulah pengasas bagi ilmu ini, dan namanya juga akan menjadi gelaran pada mereka yang mendalami ilmu ini .

Nama sebenar beliau : Amru ibn Uthman Qunbur, dikinayahkan sebagai Abu Basyar, dan gelarannya yang masyhur adalah sibawaih sehingga ianya hampir menjadi nama bagi beliau. Asal perkataan sibawaih memberi maksud Bauan epal dalam bahasa Farisi.
Beliau dilahirkan pada tahun 148H bersamaan 765M di satu kawasan dari perkampungan Syiraz yang dinamakan sebagai Al-Baido'. Pengajian Beliau bermula di kampung tersebut, sehingga timbul cinta yang amat mendalam pada diri beliau menatijahkan pemergian beliau ke Kota Basrah untuk mencari lalu mendalaminya di situ .
Ilmu Nahw yang sangat diingini beliau, dipelajari dari ulama' yang masyhur pada zaman itu iaitu Syeikh Kholil. Beliau telah mempelajari dari Syeikh Kholil sebanyak yang mungkin dari ilmu2 Nahw serta Sorof.
Taqdir Ilahi telah menentukan bertemunya beliau dengan Rabbuhu al-Izzati ketika perjalanan pulangnya, di Syiraz tanggal 180H bersamaan 796M pada umurnya yang masih belum menjangkau 40 tahun.

Ibnu Hisyam (Al-Lughowi)

Nama ini perlu diqaidkan dengan Al-Lughowi kerana wujud disana Ibnu Hisyam Al-Muarrikh, bimbang berlaku kesamaran disana mengatakan mereka merupakan orang yang sama sepertimana sangkaan sesetengah pelajar. Nama ini memang tidak asing lagi bagi mereka yang mendalami Ilmu Nahw, akan tetapi mungkin ianya agak asing bagi mubtadii'n, kerana karangan-karangan beliau boleh dikategorikan sebagai kitab-kitab besar yang akan ditatapi bagi mereka yg memang telah memahami ilmu ini terlebih dahulu lantaran ibaratnya yang agak sukar difahami, diantaranya Qatrunnada dan Syuzuruzzahab.

Nama sebenar Beliau : Abdullah ibn Yusuf ibn Ahmad ibn abdillah ibn yusuf, masyhur dengan panggilan Ibnu Hisyam. Dikunyahkan sebagai Abu Muhammad, serta diberi gelaran 'Jamaluddin'. Beliau merupakan salah seorang ulama' dari Qurun ke8 Hijrah.
Dilahirkan di Kaherah pada tanggal Zulhijjah tahun 708H. Beliau memiliki kemahiran menyampaikan kaedah-kaedah ilmu Nahw secara halus dan terperinci, sehinggakan terbit satu pendapat yang mengatakan "Ibnu Hisyam lebih alim dalam bidang Nahw berbanding Sibawaih" .
Beliau juga telah meninggalkan jasa-jasa beliau yang amat besar berbentuk penulisan-penulisan yang amat bemanfaat kepada kita, sehingga ianya menjadi sandaran serta tatapan para pelajar hatta ke hari ini, diantara penulisan beliau yang masyhur adalah :
1- Audohul Masalik ila Alfiah Ibni Malik.
2- At-Tazkirah .
3- Ar-Raudoh Al-Adabiah fi Syawahid Ulum Al-Arabiah.
4- Syuzur Az-Zahab fi ma'rifati kalamil arab.
5- Qotrunnada Wa Ballussoda.
6- Mughnillabib an Kutubil aa'rib.
Beliau telah dijemput Ilahi pada tahun 761H bersamaan 1360M, di Kaherah ketika umur beliau 53 tahun. Antum boleh mengunjungi maqam beliau yang berada bersetentangan dengan kota lama yg berada di Hayyu Darasah berhampiran kuliah.